Lebih menarik, tukang gunting yang melakukannya ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Abdul Karim Mustafa sendiri yang menunjukkan skil menggunting rambut para pelajar sekolah berkenaan.

Selain prkhidmatan gunting rambut, pelajar melalui program itu turut menerima bantuan beg sekolah dan baucer barang sekolah bernilai RM50 seorang bagi meringankan beban keluarga mereka menanggung perbelanjaan persekolahan.

"Dalam keadaan ekonomi semasa, usaha untuk sedikit sebanyak menampung keperluan kumpulan sasar terutama anak yatim dan golongan miskin mempunyai impak tinggi.

"Ini juga hasil maklumbalas daripada rakan-rakan di cawangan-cawangan UMNO dan pemimpin peringkat kampung untuk membolehkan kami menyampaikan bantuan sekali gus membolehkan ibu bapa merancang perbelanjaan untuk menampung keperluan lain.

"Walaupun tidak dapat membantu semua ekoran bantuan YPM mempunyai skop yang tertentu untuk disasarkan, atas dasar itulah kita mengambil keputusan untuk meluaskan bantuan dalam bentuk perkhidmatan gunting rambut secara percuma supaya lebih ramai dapat menerima manfaat termasuk juga pelajar daripada masyarakat pelbagai bangsa sekitar kawasan ini," katanya selepas selepas selesai program itu semalam.

Program berkenaan dianjurkan oleh UMNO Cawangan Kampung Kubang, Negeri Sembilan dengan kerjasama YPM dan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dalam Parlimen Rasah.

Abdul Karim yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah menambah, selepas program ini, selain pendidikan, program touch point yang lain akan dijalankan secara berterusan.

"Ini termasuk dalam bidang sosioekonomi yang boleh dikembangkan; cakna kebajikan akar umbi serta engagement dengan golongan muda, sama ada dalam bidang sosial atau sukan dan yang lebih penting ialah tarbiyah mengenai dasar kerajaan dan isu semasa," katanya. - UTUSAN ONLINE