Azlan, 42, anak jati Melaka sebelum ini merupakan seorang usahawan dalam bidang insurans dilantik oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan menggantikan Nazary Ahmad.

Program Ihya Ramadan anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan PPSPM iaitu mengedar dan mengagihkan air sirap bandung dan kurma kepada orang ramai diadakan di Hang Tuah Mall dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Hotel Hatten.

Menurut Pengerusi kelab tersebut, Adham Ahmad, program tersebut meriah kerana melibatkan penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru bertugas pada hari pertama selain kehadiran Ketua Menteri, Adly Zahari yang turut mengagihkan minuman dan bubur lambuk kepada pengguna kenderaan.

"Selaku penganjur utama program, kelab ini berterima kasih dengan kehadiran CEO kami yang baharu, Ketua Menteri serta penyertaan beberapa pihak seperti MBMB dan Hotel Hatten dan diharapkan ikatan silaturahim sesama kita akan terus terjalin.

"Sepanjang program itu, kita mengagihkan sejumlah 200 cawan air sirap bandung dan kira-kira 1,000 bekas bubur lambuk yang dihasilkan oleh para kakitangan kelab," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar MBMB, Datuk Azmi Hussain yang turut dilantik memegang jawatan itu pada hari yang sama. - UTUSAN ONLINE