Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 4.06 petang.

Menurutnya, kejadian melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun yang tersangkut di atas pokok pada ketinggian lebih tiga meter.

Katanya, lelaki tersebut tidak dapat turun kerana lututnya tersepit dicelah dahan pokok.

“Anggota bomba menggunakan tangga dan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

“Kaki lelaki tersebut berjaya dilepaskan tanpa sebarang kecederaan dan operasi berakhir pada pukul 4.49 petang,” katanya. - UTUSAN ONLINE