Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Berkumpul semarakkan Hari Kebangsaan

Hari Keluarga
Sebahagian ahli keluarga berkumpul sempena Hari Keluarga Anak Cucu Cicit Timah Jabar di Dewan Pak Sheikh Ahmad, Kangar hari ini.-UTUSAN ONLINE

KANGAR 31 Ogos - Kemeriahan Hari Kebangsaan 2017 yang disambut hari ini turut menjadi medan bagi lebih 100 ahli keluarga Allahyarham Abd. Jabar Sultan dan pasangannya Allahyarham Fatimah Sharif melibatkan anak, cucu dan cicitnya berkumpul untuk mengeratkan ukhwah di antara mereka di Dewan Pak Sheikh Ahmad di sini.

Hari Keluarga Anak Cucu Cicit Timah Jabar yang julung kali diadakan itu menghimpunkan hampir kesemua tiga generasi keluarga tersebut yang tinggal di di negeri ini dan seluruh negara.

Penyelaras program berkenaan, Mohd. Azhar Jabar, 50, berkata, program sehari itu bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli keluarga yang kebanyakannya berada di luar negeri ini dan sering menghadapi kekangan waktu untuk bersama.

Katanya, mereka telah merancang untuk mengadakan hari keluarga tersebut sejak beberapa bulan yang lalu dan menjadikan Hari Kebangsaan Ke-60 ini sebagai medan terbaik untuk berkumpul bersama.

"Pertemuan seperti ini dapat mengeratkan kembali hubungan kami yang sukar untuk bertemu malah ia menjadi platform terbaik khususnya bagi generasi ketiga mengenali saudara mereka sendiri.

"Bukan senang untuk mengumpulkan seluruh ahli keluarga besar dalam satu masa, namun tahun ini sempena cuti panjang Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha, kebanyakkannya pulang ke kampung dan dapat bersama pada hari yang dianggap bersejarah ini," katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Azhar, pelbagai aktiviti diadakan sempena program tersebut seperti sukaneka, badminton, congkak, pertandingan melukis untuk kanak-kanak, cabutan bertuah dan pelbagai lagi permainan lain.

"Makanan pula disumbang oleh ahli keluarga, maksudnya setiap keluarga menyediakan makanan sendiri dan dikumpul di dewan ini. Hampir 20 juadah makanan disediakan termasuk nasi lemak, gulai, kuih muih, sate dan pelbagai lagi," katanya.

"Kami bercadang untuk menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan bagi memudahkan keluarga yang mempunyai 12 adik beradik itu sentiasa mempunyai ruang untuk bersama," katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain