Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut, Datuk Sabri Mohd. Nor berkata, langkah itu juga bagi memeriahkan majlis yang sangat bermakna bagi setiap keluarga.

Pihaknya memperuntukkan sebanyak RM40,000 sepanjang tahun ini dengan sumbangan antara 10 hingga 20 kampit beras bagi menampung sebahagian daripada keperluan.

Katanya, langkah itu diambil dengan menyedari tentang kos memyempurnakan majlis perkahwinan semakin tinggi.

"Sumbangan akan disalurkan berdasarkan kad jemputan yang diterima oleh pejbat DUN,"katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan seorang penduduk di Kampung Sungai Lerek, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE