Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Van Piggelen berkata, dalam bulan Ramadan mulia tersebut pihaknya mengambil peluang untuk menjalankan kebajikan terutama kepada mereka yang memerlukan dan kanak-kanak tidak bernasib baik.

"Ia bukan hanya aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), tetapi ianya masa berkualiti untuk kanak-kanak dengan membawa senyuman kepada wajah mereka.

"BCCK mempunyai hubungan baik yang lama terjalin dengan pelbagai badan kebajikan bagi membantu mereka kurang bernasib baik menjadi komitmen dalam inisiatif CSR," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Juma'ani Tun Tuanku Bujang; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam bulan Ramadan itu juga, BCCK juga melancarkan kempen derma buku.

"Orang ramai dijemput menyumbang dalam kempen itu dengan memberikan buku dan majalah terpakai atau baharu bagi bahan bacaan ilmiah di Rumah Kanak-kanak Batu 12," jelasnya. - UTUSAN ONLINE