Menurut bapanya, Mohd. Kamarudin Ismail, 68, kehilangan anaknya Mohd. Aniza, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) disedari ahli keluarganya selepas keluar dari rumah sejak pukul 2 petang pada hari kejadian.


“Biasanya Mohd. Aniza pulang ke rumah selepas membeli rokok di kedai berhampiran tetapi sehingga hari ini dia masih tidak pulang.

“Anak kedua saya ini ada mempunyai masalah mental tetapi dia boleh bercakap seperti biasa dan tidak mengacau orang lain,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berikutan kehilangan anaknya itu, Mohd. Kamarudin memaklumkan, dia telah membuat laporan di Balai Polis Selayang pada 21 Julai lalu bagi memudahkan proses pencarian Mohd. Aniza.


Pada masa yang sama, ahli keluarganya juga turut membuat pencarian Mohd. Aniza di sekitar Selayang, Gombak dan Batu Caves dengan meronda kawasan tersebut sehingga lewat malam.

Justeru, beliau memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar menghubunginya di talian 012-9328647 - UTUSAN ONLINE