Fadzrul Radzi Mohd. Nazri

Perasaan itu se­­­­panjang masa meng­hantui Fad­zrul­ Radzi, 36, sejak Ogos lalu selepas doktor mengesahkan dia menghidap kanser darah atau leukemia.

Ketika ditemui di Pangsapuri Lili, Taman Bukit Su­bang di Seksyen U16 di sini, Fadzrul Radzi menyatakan, dia sendiri tidak menyangka demam yang kerap kali dialaminya sebelum ini me­rupakan petanda awal dia menghidap kanser berke­naan.

“Pada mulanya saya kerap demam, saya ingat ia merupakan demam biasa sehinggalah 29 Ogos tahun lalu saya pitam. Mulanya doktor mengesyaki saya menghidap denggi.

“Selepas itu, saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang. Hasil ujian darah, doktor mengesahkan saya menghidap kanser darah. Hanya Allah SWT yang tahu bagaimana perasaan saya.

“Pada saat itu, saya sentiasa terbayang wajah isteri dan anak-anak, apalah nasib mereka nanti,” kata Fadzrul Radzi yang bekerja sebagai penolong pegawai kewangan di sebuah syarikat swasta di Bangsar.

Tambah Fadzrul Radzi, sejak Ogos lalu, dia tidak dapat bekerja seperti biasa ekoran keadaan kesihatan yang dia­la­minya itu selain bergantung harap kepada bayaran separuh gaji yang diperoleh daripada majikannya setiap bulan.

Sehubungan itu, dia me­rayu kepada orang ramai yang ingin membantu meringankan bebanannya boleh meng­hubunginya di talian 013-2452207 atau menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 164324316958.