Di samping itu ia turut menyentuh mengenai aplikasi Barakah yang baharu dilancarkan bagi panduan umat Islam dalam menunaikan tuntutan agama dan keperluan yang berkaitan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasinya, Nizam Sani, berkata, tumpuan diberikan kepada usaha membantu golongan autisme kerana masih agak kurang sorotan perhatian.

"Di samping itu bagi memberi kesedaran kepada keluarga dan masyarakat agar dapat membuat pengesanan dan intervensi awal yang akan membantu kanak-kanak autisme bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik buat mereka,"ujarnya dalam pertemuan itu.

Yang turut hadir, Pengurus Perhubungan Awam dan Penjenamaan Korporat Bank Rakyat, Nizam Abu Samah.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan penglibatan badan kebajikan, persatuan dan inviddu di negeri ini yang memerlukan bantuan bagi menggerakkan proses pembangunan golongan itu melalui kerjasama institusi perbankan itu.

Menyentuh mengenai Barakah, beliau berkata, aplikasi direka khas bercirikan mesra pengguna ini yang boleh dimuat turun secara percuma bakal menjadi teman perjalanan yang sempurna kelak.

Buat masa ini, aplikasi khusus untuk umat Islam di negara ini menawarkan lima fungsi iaitu carian masjid dan surau berdekatan di seluruh negara, doa harian, panduan zikir dan umrah, arah kiblat serta zakat di setiap negeri. - UTUSAN ONLINE