Ketua Pegawai Modal Insannya, Mohd. Farid Shah Mohd. Basir berkata, pelbagai rancangan dan aktiviti telah disusun sepanjang tahun ini menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank itu untuk membantu perkembangan ka­nak-kanak autisme.

Katanya, fokus diberikan dari se­gi pendidikan kepada ma­sya­ra­kat dan terapi bagi membantu perkembangan sosial kanak-kanak terbabit serta pengumpulan dana untuk mem­­biayai pelbagai program.

“Perkara inilah yang menjadi perhatian Bank Rakyat sepanjang tahun ini. Malah, beberapa program CSR yang dianjurkan oleh kami akan memberi perhatian kepada kanak-kanak autisme, termasuklah program kami yang diadakan bersama rakan korporat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Utusan bersama Bank Rakyat di Dewan Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Seramai 24 kanak-kanak autis­me dari Pusat Jagaan Terapi Autistik Nouri dan Permata Kurnia menjadi tetamu istimewa.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mo­hd. Noordin Abbas; Ketua Penga­rang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Ham­zah dan Pengurus Perkhidmatan Transaksi dan Perbankan Koresponden Bank Rakyat, Shaharin Abu Hashim.

Jelas Mohd. Farid Shah, majlis berbuka puasa bersama Kumpulan Utusan merupakan antara bentuk program yang diadakan bagi mempromosi usaha-usaha membantu perkembangan kanak-kanak autisme, selain untuk menceriakan golongan berkenaan.

Pada masa sama katanya, maj­lis tersebut adalah sebagai tanda penghargaan Bank Rakyat kepada Kumpulan Utusan kerana sentiasa memberi sokongan dan liputan berita mengenai institusi perbankan itu.

Sempena bulan Ramadan ini jelasnya, Bank Rakyat turut menawarkan kemudahan kewangan melalui Kempen Ceria Beraya 2017 dengan menyediakan pelbagai kemudahan kewangan seperti Pembiayaan Peribadi-i, Kenderaan-i, Kad Kredit-i dan Kad Debit-i serta Pembiayaan Perumahan-i.

“Kami juga menawarkan pelbagai hadiah lumayan dan menarik bernilai hampir RM300,000 untuk pelanggan bertuah,” katanya.