Program yang diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan itu adalah anjuran koperasi Saradec dengan kerjasama sukarelawan jalanan dan pihak pasaraya Aiman Mall.

Turut diadakan ialah penyampaian cek berjumlah RM 2,000 daripada Datuk Idris kepada masjid Desa Ilmu yang diterima oleh Pengerusi Masjid Desa Ilmu, Yusuf Aman.

Berucap di majlis itu, Idris berharap program yang telah diadakan itu dapat menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

"Dalam kita mengerjakan ibadah puasa, bersedakah adalah satu amalan mulia yang dituntut dalam Islam.

"Kita harap program ini akan menjadi satu tradisi dalam kita mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain," katanya.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak(DUBS) Cawa Gandhi Samarahan, Ismawi Muhammad, Pengerusi Saradec, Khalid Senak dan Pengerusi Sukarelawan Jalanan, Suria Adenan. - UTUSAN ONLINE