Menerusi kerjasama dengan syarikat Impact Media & Communication Sdn. Bhd. itu, Tourism Pahang menjadi agensi pertama mengeluarkan baju-T dengan konsep tersebut yang secara langsung mempromosikan ‘Hogoh Pahang’ ke seluruh negara.

Baju-T edisi khas Tourism Pahang itu juga bertujuan menyemarakkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat negara ini.

Pelancaran kerjasama tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin bersama Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Khairul Nizam Mahmood, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Tourism negeri, Datuk Ishak Mokhtar. - UTUSAN ONLINE