Mereka merupakan kanak-kanak dari Pertubuhan Anak Yatim dan Miskin Murad Foundation serta Asnaf Murni Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Fakir Miskin Seremban.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Avillion Berhad, Amirul Baharom, majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan hotel berkenaan bagi menggembirakan kanak-kanak tersebut.

"Kami meraikan anak yatim setiap tahun di semua hotel di bawah kami. Mereka sepatutnya diraikan sepanjang tahun bukan hanya pada bulan Ramadan.

"Selain itu, kami ada beberapa program lain di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Avillion Berhad melibatkan golongan yang memerlukan," katanya.

Amirul berkata, pihak pengurusan hotel juga akan mengunjungi rumah anak yatim dan rumah orang miskin bagi menyalurkan bantuan sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri. - UTUSAN ONLINE