Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyerahkan sumbangan itu kepada bapa Nursumayyah, Mohd. Hafiz Hashim, 33, dalam satu pertemuan di kediaman keluarga tersebut, di sini sebentar tadi.

Menurut Raja Mohamed Affandi, pihaknya berharap sumbangan itu akan membantu memulihkan masalah kegagalan fungsi hati yang dihadapi Nursumayyah.

"Kehadiran saya adalah untuk menyampaikan amanah daripada warga ATM dan rakyat Malaysia kepada keluarga ini, khususnya buat adik Nursumayyah.

"Saya juga ingin meminta maaf kepada mereka kerana tidak tahu akan masalah yang dihadapi oleh keluarga ini yang mana Mohd. Hafiz merupakan seorang anggota tentera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi kediaman Nursumayyah di Taman Mewah, Yong Peng, di sini sebentar tadi.

Nursumayyah dijangka akan menjalani pembedahan di Hospital Renji, Shaghai, China hujung Mac atau awal April ini.

Dalam pembedahan tersebut, Mohd. Hafiz akan menyumbangkan 20 peratus hatinya kepada Nursumayyah. - UTUSAN ONLINE