Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, bubur lambuk tersebut mula diedarkan pada pukul 3 petang dan ia merupakan kerjasama tahunan antara Koperasi Panel Kesihatan Kebangsaan dan Selangor sejak lima tahun lalu.

“Inisiatif yang dibuat oleh koperasi panel kesihatan ini merupakan satu tanggungjawab yang mulia, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pengunjung klinik dan staf tetapi turut membantu mempromosikan gerakan koperasi di negara ini.

“Saya menyarankan koperasi-koperasi lain yang ada di seluruh Malaysia turut melakukan aktiviti sebegini bagi memainkan peranan koperasi yang bukan sahaja sekadar bermotifkan perniagaan tetapi juga berperanan untuk memberi pendidikan dan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui di Program Agihan Bubur Lambuk di sini hari ini.

Selain itu, seramai 100 orang pengunjung terpilih turut menerima sumbangan berupa keperluan harian termasuk beras, gula dan minyak dari Persatuan Pembangunan Masyarakat dan Alam Selangor. - UTUSAN ONLINE