Selepas 28 tahun mereka menamatkan pengajian, pertemuan kali kedua itu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Kehadiran 32 bekas pelatih bersama keluarga masing-masing menambahkan lagi kemeriahan majlis yang turut disulami aktiviti kerohanian kekeluargaan.

Program gotong-royong membersihkan Masjid Al- Hashimiah Sungai Limau, Seminar Keusahawanan dan lawatan ke projek perusahaan kecil dan sederhana ternyata mengujakan peserta.

Antara PKS dilawati, kilang membuat nata de coco, minyak kelapa dara dan perusahaan membuat kerepek.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu juga turut memberi manfaat dan keseronokan kepada anak-anak alumni dengan mengikuti aktiviti ikthiar hidup seperti menangkap ikan keli dalam lumpur, selain berakit di sungai dan melepasi halangan. - UTUSAN ONLINE