Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh hadir merasmikan majlis pelepasan program itu yang disertai seramai 50 belia.

Menurut Mohd. Fasiah, program yang julung kali diadakan itu turut mendapat sokongan dari pejabat Ahli Parlimen Sabak Bernam.

"Program ini akan dijadikan program tahunan untuk anak-anak muda di kawasan Sabak Bernam," katanya yang juga memberi sumbangan sebanyak RM2,000 dalam majlis tersebut. - UTUSAN ONLINE