KUALA LUMPUR 14 April – Tindakan berani seorang model tanah air, Alicia Amin memuat naik gambar separuh bogel yang dipercayai dirakamkan di pantai peranginan di Terengganu ke laman sosialnya baru-baru ini mengundang kemarahan netizen.
![]() |
ALICIA AMIN
|
Selain dianggap melanggar norma-norma masyarakat Melayu, netizen juga mempersoalkan mengapa Alicia boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.
Mereka menyifatkan tindakannya itu sebagai keterlaluan dan menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan setimpal seperti yang dikenakan terhadap beberapa kes pelancong asing yang berbogel di tempat-tempat peranginan dalam negara.
Sebelum ini, tiga kes melibatkan pelancong berbogel di kawasan pelancongan dilaporkan iaitu dua di pantai peranginan dan puncak gunung di Sabah serta satu di pantai Pulau Pinang.
Seorang netizen, Nisa Ujang berkata, tindakan model tempatan tersebut tidak boleh dibiarkan kerana bimbang akan menjadi satu budaya yang menjadi ikutan anak-anak muda.
“Hari itu pelancong datang bogel di pantai Malaysia pun kita marah. Yang ini takkan mahu diam. Ban. Jangan tidak ban,” katanya.
Seorang lagi netizen, Aisyah Mahmood berkata, alasan Alicia bahawa pantai tersebut adalah milik persendirian adalah salah dan merupakan pantai yang boleh dikunjungi orang awam.
“Ramai orang pergi pantai Tanjung Jara. Bukan pantai persendirian. Saya tahu sebab itu kampung saya,” katanya.
Sementara itu, seorang netizen, Ieyda Hanida berkata, Alicia sepatutnya lebih peka dengan tindakan dan menghormati norma masyarakat di Terengganu dan Malaysia.
“Seksi teruk sangat. Agak-agak la pergi Terengganu pula tu. Dalam Malaysia. Kalau kau nak telanjang bulat sekali pun dekat luar negara tu ikut kau la,” katanya.