Sumbangan itu disampaikan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO), Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin yang juga isteri Menteri Besar.

Raja Salbiah berkata, program sumbangan kebajikan seperti itu adalah antara pelan tindakan bagi Biro Kebajikan dan Sosial dalam Pelan Perancangan Strategik NSWO 2015 hingga 2017.

“Kami turut memberi fokus kepada pesakit-pesakit di hospital, mangsa banjir dan kebakaran, ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin serta lain-lain golongan yang memerlukan bantuan,” katanya semasa ber­ucap dalam majlis tersebut di Bangunan NSWO di sini.

Majlis tahunan anjuran NS­WO, Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Ne­geri Sembilan (Pekerti) dan Klana Resort Seremban itu turut dihadiri isteri Presiden MIC, Datin Seri Dr. S. Umarani.

Raja Salbiah berkata, ma­syarakat perlu mengambil peluang sempena perayaan Deepavali untuk menge­ratkan hubungan dan persefahaman antara satu sama lain.

Pada majlis itu, kerajaan ne-geri turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM16,000 kepada NSWO untuk diagihkan kepada para penerima.