Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Mat Desa berkata, majlis yang julung kali diadakan itu melibatkan anggota dan pegawai yang berkhidmat di IPD Brickfields sekitar tahun 80-an.

"Saya berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields antara tahun 1986 hingga 1989 manakala bekas Ketua Polis Negara ,Tan Sri Norian Mai berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Brickfields pada 1981 hingga 1983.

"Jadi majlis majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara bekas-bekas anggota dan pegawai yang pernah bertugas di Brickfields sepanjang tempoh tersebut," katanya.

Yang turut hadir adalah Norian serta isteri kepada Kamarudin, Datin Ramlah Asmuri. - UTUSAN ONLINE