Turut terlibat warga Unimap dan beberapa buah sekolah terpilih di negeri ini.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyertai program itu.

Berangkat sama anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Ia dianjurkan secara bersama oleh Unimap dan Bank Rakyat.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Penaung Diraja A-Heart Unimap disambut oleh Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal serta timbalan-timbalan Naib Canselor beliau.

Hadir sama ialah wakil daripada pihak pengurusan Bank Rakyat iaitu Ketua Pemasaran Dan Komunikasinya, Nizam Sani dan Ketua Komunikasi Korporatnya, Nizam Abu Samah.

Untuk rekod, Unimap turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis untuk pelbagai inisiatif bagi membantu kanak-kanak autisme. - UTUSAN ONLINE