Program itu dilepaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sempena dengan majlis perasmian Kempen Kibar Bendera bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan bulan depan.

KLCFM

Tengku Adnan berkata, acara KLCFM merupakan edisi ke-47 penganjurannya yang diadakan setiap hari Ahad minggu pertama dan minggu ketiga.

"Acara perasmian kempen kibar bendera itu diadakan secara serentak di tiga kawasan iaitu di ibu negara, Putrajaya dan Labuan," katanya ketika berucap dalam majlis pelepasan peserta KLCFM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE