HANAFIAH MAT
HANAFIAH

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, daerah Kemaman mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 5,279 orang,  Besut (4,768 ), Marang (4,305), Dungun (4,182), Kuala Terengganu (3,925), Kuala Nerus (3,658), Setiu (3,307) dan Hulu Terengganu (2,987 orang). 

"Daripada jumlah itu, seramai 28 orang ibu tunggal berumur di bawah 20 tahun manakala 2,010 orang (21 hingga 30 tahun), 4,783 orang (31 hingga 40 tahun), 6,506 orang (41 hingga 50 tahun), 9,556 orang (51 hingga 60 tahun) dan 9,528 orang di atas 61 tahun," katanya.

Ketika menjawab soalan lisan daripada penyokong kerajaan, Alias Harun (Pas-Rantau Abang) itu, Hanafiah bagaimanapun tidak menjelaskan status wanita berkenaan sama ada bercerai hidup atau mati.

Hanafiah berkata, dalam usaha membantu mereka membina penghidupan semula melalui perniagaan, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) turut menggerakkan program Pinjaman Jaya Diri (PJD).

Katanya, peruntukan sebanyak RM474,000 telah dikeluarkan kepada 52 orang daripa mereka untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutama kecantikan, pakaian dan perusahaan makanan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Sementara ltu beliau memberitahu, Kompleks Ibu Tunggal di Cendering dekat sini yang dibangunkan dengan kos RM4. 4 juta bertujuan memperkasakan lagi golongan itu menerusi empat fokus iaitu bimbingan ekonomi dan kemahiran, perundangan, kekeluargaan di samping kesihatan dan kemasyarakatan. - UTUSAN ONLINE