Pengarah Pemasarannya,  Datin Jenny Chua berkata, program yang julung kali diadakan itu merupakan sebahagian daripada ini­siatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut.

Menurutnya, kesemua peket makanan tersebut akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 140 keluarga yang memerlukan bantuan di negeri ini terutama di Jeli, Gua Musang dan Dabong.

“Peket makanan itu mengandungi makanan ruji seperti beras, kacang hijau, sayuran kering serta 23 jenis vitamin dan mineral.

“Kita harap bantuan ini membolehkan golongan masyarakat yang kurang bernasib baik terbela dan memiliki tenaga yang secukupnya menerusi makanan berkhasiat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas  Program amal 'Rise Against Hunger' di Hotel Grand Riverview (GRV), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Tengku Puan Laksamana Kelantan,  Datuk Seri Syarifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail

Seramai 200 individu termasuk kakitangan Hotel GRV turut serta dalam proses menyiapkan pembungkusan peket makanan tersebut. - UTUSAN ONLINE