Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

3,000 serbu Kendurian

durian 3

KOTA BHARU 28 Ogos - Lebih 3,000 pengunjung menyerbu Pesta Makan Durian Bersama Ahli Parlimen Ketereh atau Kendurian untuk menikmati raja buah itu secara percuma hari ini.

Program yang bermula pada pukul 3 sehingga 6 petang itu diadakan sempena Karnival Keusahawanan Kelantan @ Ketereh 2017 yang berlangsung sejak 26 Ogos lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, untuk Program ‘Kendurian’ ini, pihaknya telah menyediakan kira-kira 500 kilogram buah durian.

Malah, beliau berkata, sambutan yang diterima amat luar biasa dan kehadiran pengunjung ada jangkaan.

“Sebelum ini, kita jangka dapat membeli durian yang lebih banyak daripada orang kampung tetapi bekalan buah berkenaan tidak begitu banyak.

“Walau bagaimanpun semua yang hadir hari ini akan berpeluang menikmati durian bersama pulut yang disediakan secara percuma,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu seorang pengunjung, Yusof Mohammad, 47, berkata, dia mendapat tahu tentang penganjuran Kendurian ini di akhbar dan radio.

“Kendurian ini pastinya ditunggu-tunggu kerana orang ramai berpeluang menikmati durian secara percuma. Lebih-lebih lagi, harga durian sekarang ini sedikit mahal dan tidak mampu untuk dibeli.

“Hari ini, orang ramai bukan sahaja dapat menikmati durian, malah turut disediakan bersama pulut,” katanya.

Tambah Yusof, dia begitu berpuas hati kerana berpeluang merasai durian yang berkualiti.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri yang telah menganjurkan program sebegini untuk rakyat di kawasan ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain