Pengarah pancaragam VICCB, Muhaizi Mudzakir berkata, program tersebut bertujuan mengisi dana bagi merealisasikan misi pasukan itu mewakili negara ke Pertandingan Pancaragam Dunia 2018 di Taipei, Taiwan penghujung Julai ini.

“Penyertaan ini merupakan kebanggaan semua pihak dalam usaha kita meningkatkan kecemerlangan sekolah dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Sumbangan yang diterima sangat menggalakkan namun, kami masih lagi mengharapkan bantuan untuk menampung keperluan lain yang dianggarkan berjumlah RM50,000,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Pengetua Victoria Institution, Kamarul Azman Md. Aris. - UTUSAN ONLINE