Majlis berlangsung di lapan daerah iaitu Kuala Terengganu melibatkan 33 pasangan diikuti Kuala Nerus (37 pasangan), Hulu Terengganu (21 pasangan), Marang (20 pasangan), Setiu (22 pasangan), Besut (23 pasangan), Kemaman (27 pasangan) dan Dungun (25 pasangan).

Ketua Penolong Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Abdul Ghaffar Mamat berkata, program itu antara lain bagi membantu serta memudahkan pasangan muda di negeri ini mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos perkahwinan yang semakin meningkat.

“Setiap pasangan hanya perlu menyediakan mas kahwin, wali dan saksi manakala pakaian, jurunikah, tempat akad dan urusan berkaitan diuruskan oleh pihak penganjur,” katanya. - UTUSAN ONLINE

RADHUAN HUSSAIN