Ia merupakan salah satu aktiviti dalam program Gelombang Baktisiswa Mega 2018 anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (Manis) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.

Setiausaha Manis, Mas Athirah Ali, berkata, sebanyak 50 botol minyak pelincir disediakan untuk motosikal penduduk dan mereka turut didedahkan mengenai cara penjagaan motosikal masing-masing.

"Program ini salah satu wadah menggerakkan mahasiswa untuk membantu menjalankan dasar-dasar kerajaan negeri dan melatih mereka mendekati masyarakat," katanya di sini.

Beliau berkata, beberapa aktiviti lain turut diadakan sepanjang tiga hari program Gelombang Baktisiswa Mega antaranya mengunjungi rumah golongan asnaf dan menyampaikan bantuan kepada warga emas.

Program yang disertai 60 mahasiswa dari KAYN itu turut dimeriahkan dengan acara sukaneka bersama keluarga angkat, futsal, pertandingan mewarna dan ceramah agama. - UTUSAN ONLINE