Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2 beranak OKU hidup dalam kesempitan perlu bantuan

SEORANG petugas sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (kiri)
SEORANG petugas sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (kiri) membantu Chom Senapi ketika berada di luar rumahnya di KEDA Sungai Semiar, Jeneri, Sik, Kedah, baru-baru ini. UTUSAN/NORLIA RAMLI

SIK 16 Dis. – Penderitaan dua beranak orang kurang upaya (OKU), Chom Senapi, 70, dan anaknya, NorZaini Ismail, 46 yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di Jeneri di sini memerlukan perhatian orang ramai untuk menghulurkan bantuan.

Kesukaran kehidupan Chom yang mengalami masalah daya ingatan semakin bertambah apabila NorZaini yang buta serta lembam menghidap penyakit barah payu dara kronik yang dapat dikesan sejak sebulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) KEDA Sungai Jemiar, Ismail Osman, 56, berkata, paling menyedihkan apabila wanita warga emas itu tidak dapat mengetahui penyakit NorZaini memandangkan masalah ingatannya.

“Mereka dua beranak ini jarang keluar rumah memandangkan keadaan mereka yang OKU, hanya jiran-jiran yang terdekat memantau keadaan mereka.

“Penyakit yang dihidapi NorZaini hanya diketahui, apabila salah seorang jiran terdekat mengesyaki bentuk badannya agak berlainan lalu memeriksa badannya. Selepas itu mereka menghantarnya ke Hospital Daerah Sik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di rumah Chom di sini baru-baru ini.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ber­kenaan boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun AgroBank dengan nombor akaun 2-00-5101-00003814-1 (Chom Senapi) atau 1-00-5101-00001790-1(Noor Zaini Ismail).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain