Mereka dipilih hasil pemeriksaan sempena Kempen Kesedaran Mata anjuran Yayasan  Diraja Sultan Mizan (YDSM) dengan kerjasama Pusat Pakar Mata Bangi Selangor yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan minggu lalu  

Program Khidmat Masyarakat  Pusat Pakar  Mata Bangi dan YDSM itu  turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan  kemudahan peralatan Klinik Katarak 1Malaysia (KK1M Pantai Timur.

Pengurus  Pusat Pakar Mata Bangi, Datuk Dr Mohd Johari Mohamad berkata, beberapa pakar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu serta sepasukan doktor perubatan dan paramedik sokongan kedua dua hospital menyertai pembedahan tersebut.

Katanya, langkah itu merupakan sebahagian daripada sumbangan YDSM dan Pusat Pakar Mata Bangi untuk meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan untuk merawat masalah penglihatan mereka.

Menurutnya,  jika dilakukan di  klinik swasta mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan antara RM3,000 hingga RM6,000 bergantung kepada tahap  kerosakan mata masing-masing.

“Kali ini Klinik Pakar Mata Bangi dengan YDSM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri Terengganu menyediakannya secara percuma bagi meringankan beban golongan miskin,” ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya merancang untuk terus mengadakan program seumpama ini bagi membantu lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan tanpa perlu menunggu masa yang lama. - UTUSAN ONLINE