Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

16 pasangan pengantin baharu termasuk OKU dirai

ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM (dua dari kanan) meraikan pasangan Pauziyah
ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM (dua dari kanan) meraikan pasangan Pauziyah Khalid dan Izam Azizan di Kompleks Rakan Muda, Batu 42, Baling, Kedah, semalam. MINGGUAN/NORLIA RAMLI

BALING 25 Mac – Sepasang pe­ngan­tin orang kurang upaya (OKU) adalah antara 16 pasa­ngan diraikan dalam majlis Per­kahwinan Perdana Ba­ling anjuran Pusat Khidmat Parlimen Baling dengan kerjasama Kumpulan Usahanita Fathonah Baling di De­wan Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.

Pasangan OKU berkenaan, Pau­ziyah Khalid, 37, dan Izam Azizan, 42, dari Kampung Banggol Asam Jawa dekat sini me­ngakui terharu apabila diraikan bersama pengan­tin lain dalam acara gilang-gemilang tersebut.

“Saya amat terkejut apabila disandingkan dengan suami da­lam acara yang hebat ini sambil disaksikan oleh hampir 10,000 masyarakat Baling.

“Saya akan jadikan kenangan ini sebagai kenangan terindah dan akan abadi dalam ingatan kami berdua,” kata Pauziyah yang mengalami cacat anggota badan ketika ditemui selepas majlis itu.

Suaminya yang mengalami kecacatan di kaki akibat kemalangan pada 2002 berkata, program itu banyak membantu meringankan perbelanjaan kenduri memandangkan dia hanya memperoleh pendapatan de­ngan membaiki barangan elek­trik manakala isterinya pula, mengambil upah menjahit.

Selain pasangan OKU terbabit, majlis turut meraikan sembilan pasangan pengantin Orang Asli serta enam pasang pengantin dari keluarga asnaf dan miskin. Sementara itu, Ahli Parlimen Ba­ling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang turut memeriahkan majlis tersebut berkata, program diadakan mencipta sejarah tersendiri kerana ia unik.

“Inilah julung-julung kali program ini diadakan dan ia akan menjadi kenangan abadi buat pengantin yang diraikan kerana mereka terdiri daripada golo­ngan asnaf, Orang Asli Kinsiu dan OKU,” kata Abdul Azeez.

Katanya, program itu bertujuan membantu golongan berkenaan yang sudah bernikah tetapi tidak mampu mengadakan ken­duri secara besar-besaran.

“Semua kos termasuk dewan, pakaian, jamuan dan cenderahati ditanggung oleh penganjur dan keluarga pengantin hanya perlu menjemput anggota keluarga,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain