Program itu dianjurkan Pusat Dialisis Wakaf An-Nur itu dan mendapat kerjasama daripada Hospital Pakar Perdana KPJ.

Program bermula pukul 8 pagi dengan acara menyuap pulut kuning kepada kesemua peserta yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.

Pengurus Operasi Hospital Pakar Perdana KPJ, Nor Aidil Ikram Muhamad berkata, program itu adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab korporat (CSR) KPJ bagi membantu masyarakat.

"Acara hari ni melibatkan seorang doktor pakar, dua pegawai perubatan serta jururawat daripada KPJ bagi menyempurnakan proses berkhatan kumpulan kanak-kanak ini.

"Hospital Pakar Perdana KPJ sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program sama pada masa depan," katanya ketika ditemui pemberita. - UTUSAN ONLINE