Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, program tersebut dianjurkan secara bersama oleh PMPM, Kelab Media Prima dan A’Famosa Resort.

“Majlis pada malam ini bertujuan untuk meraikan golongan memerlukan dalam kawasan Parlimen Alor Gajah dengan memberikan mereka barang-barang keperluan bagi membantu kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Semarak Ramadan di A’Famosa Resort, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Presiden PMPM, Datuk Seri Haniff Omar; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, Datuk M.S. Mahadevan dan Presiden Kelab Media Prima, Khairuzzaman Mohammad. - UTUSAN ONLINE