Program tersebut diketuai Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga merupakan Naib Presiden Dewan Sosial Media Malaysia, Rizmel Nazrin Abdul Malik.

Rizmel Nazrin yang juga merupakan Pembantu Khas kepada Timbalan Perdana Menteri berkata, program tersebut diadakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan seterusnya meringankan beban mereka.

“Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokongi dan memperjuangkan idea masyarakat belia, program seperti ini diharap dapat memberi peluang kepada ahli dan belia mendekati masyarakat.

“MBM berharap lebih banyak NGO mewakili masyarakat belia turun padang dan membantu mereka yang sememangnya memerlukan bantuan bagi membuktikan masyarakat Malaysia sememangnya prihatin dengan golongan seperti ini,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada salah seorang warga emas, Zainon Yaakop, 70, di rumahnya di kampung itu sebentar tadi.

Yang turut hadir, Exco Pergerakan Wanita UMNO yang juga Ketua Wanita UMNO cawangan Melaka Pindah, Datuk Hasnah Salam dan Ketua UMNO cawangan Melaka Pindah, Aziz Jantan. - UTUSAN ONLINE