Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

10 fakir miskin gembira miliki rumah baharu

AMIRUDDIN MUHAMED (belakang, tengah) bersama penerima dalam majlis
AMIRUDDIN MUHAMED (belakang, tengah) bersama penerima dalam majlis Penyampaian Bantuan Bina Rumah sempena Program Teduhan Kasih BPMB di Kuala Kangsar, Perak, semalam. - Utusan/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

KUALA KANGSAR 26 April – Ke­gembiraan jelas terpancar diraut wajah 10 asnaf fakir dan miskin di negeri ini bersama keluarga masing-masing apabila penantian untuk mendapatkan rumah yang selesa akhirnya tercapai.

Rumah tiga bilik yang dibina dengan kos RM50,000 sebuah oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tersebut telah mula dibina penghujung tahun lalu dan siap baru-baru ini.

Timbalan Presiden Kanan Kumpulan BPMB, Mohd. Yazid Safuan berkata, pembinaan rumah menerusi Program Teduhan Kasih BPMB itu melibatkan sebanyak tiga buah di Kuala Kangsar dan Taiping manakala masing-masing dua buah di Patit Buntar dan Bagan serai.

“Selain menjalankan tugasan yang dimandatkan, BPMB juga tidak ketinggalan dalam menjalankan program tanggungjawab sosial antaranya terma­suklah membantu mangsa banjir di Kelantan, pembinaan Rumah Ngaji di penjara dan Orang Asli.

“Namun bagi projek berskala besar seperti pembinaan rumah baharu ini merupakan projek pertama yang kita lakukan dan jika mempunyai peruntukan yang mencukupi, kita berharap untuk meneruskan program sama pada masa depan,” katanya selepas majlis Penyampaian Bantuan Bina Rumah tersebut di Kampung Chuar Hulu, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed.

Sementara itu, seorang pene­rima, Ismail Mat Rathi, 56, berkata, dia sekeluarga bersyukur kerana kesusahan hidup menumpang di rumah adik beradik akhirnya mendapat pembelaan.

“Alhamdulilah, syukur pada ­Allah, akhirnya kami anak beranak dapat hidup lebih selesa dan anak-anak pun ada bilik sendiri.

“Terima kasih kepada BPMB dan MAIPk kerana memilih keluarga kami. Kami cukup gembira,” kata bapa lapan anak yang hanya bekerja sebagai tukang rumah itu.

Warga emas, Saniah Chan, 79, dari Tanjung Piandang, Parit Buntar pula berkata, dahulu dia tinggal di rumah papan pusaka arwah ayahnya yang terlalu uzur dan dimakan anai-anai.

“Tidak tergambar betapa gem­­­biranya mak cik apabila melihat rumah baharu kami. Bukan sahaja rumah, mereka juga membeli kami kelengkapan rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain