Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,034 anak yatim terima pakaian raya

1,034 anak yatim terima pakaian raya
Toh Puan Seri Halina Zakaria menyampaikan sumbangan pakaian raya kepada anak-anak yatim di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 17 Mei - Ayu Kartika Azhar, 12, menerima kain bagi pakaian raya hari ini dengan perasaan yang sangat gembira, dan sambil menunjukkan pemberian itu, dia memberitahu akan menghadiahkan pula kepda adiknya.

"Saya nak berikan pula kepada adik, Nur Amirka Wahida, 11, yang kurang upaya. Saya dah ada baju yang mak saudara jahitkan. Untuk adik, saya mahu dia jahitkan baju 'gown'," ujar murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng di sini.

Ibu Ayu Kartika meninggal pada 2012 setelah demam berpanjangan manakala ayahnya agak uzur dengan mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan.

Ayu Kartika merupakan kalangan 1,034 anak yatim dari sekolah-sekolah rendah di daerah ini di samping penghuni asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Terengganu (Perkaya) yang menerima sumbangan itu.

Penyampaian disempurnakan oleh isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Halina Zakaria di Kediaman Seri Iman di sini. Yang hadir sama, Yang Dipertua Perkaya, Prof. Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor.

Program sumbangan pakaian hari raya itu merupakan aktiviti tahunan Perkaya untuk membawa kegembiraan awal kepada golongan yang kurang bernasib baik itu menjelang ketibaaan Ramadan dan sambutan Aidilfitri. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain