Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, Zamihan ditahan kira-kira pukul 3.50 petang selepas memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu ceramah di Shah Alam, Ahad lalu.

“Kita turut merampas telefon bimbit miliknya dan beliau ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE