Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd. berkata, reman dua hari itu dibuat bagi membolehkan siasatan terpe­rinci dijalankan berhubung kenyataan tersebut.

“Beliau akan direman selama dua hari bermula hari ini dan esok. Buat masa ini siasatan diteruskan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Zamihan ditahan kira-kira pukul 3.50 petang, selepas memberikan keterangan di Ibu pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, dekat sini berikutan polis me­nerima laporan berhubung ke­nyataan itu yang dikeluarkan ketika berceramah.

Memetik laporan portal berita The Sun sebelum ini, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) itu mengkritik tindakan Sultan Johor yang campur tangan dalam isu dobi baru-baru ini.