Mohd. Yusof Apdal
Mohd. Yusof Apdal

Menurut sumber, Mohd. Yusof yang juga adik bekas Menteri KKLW bagi tempoh itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ditangkap di pejabat SPRM di sini.

“Ya, ditangkap kira-kira pukul 8 malam ini,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia ketika ditanya tentang perkembangan proses mengambil keterangan ke atas Mohd. Yusof.

Terdahulu pagi ini, Mohd. Yusof diminta hadir ke pejabat agensi berkenaan untuk memberi keterangan berhubung siasatan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE