Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang semalam, wartawan berkenaan menerima maklumat mengenai penderaan yang dilakukan oleh dua beradik terhadap pembantu rumah warga Indonesia di Taman Kota Permai di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) , Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, petugas media itu kemudian menghubungi pembantu peribadi kepada seorang ahli politik di negeri ini dan meminta bantuan untuk meninjau keadaan wanita berkenaan.

“Apabila pembantu peribadi ahli politik itu tiba, dia mendapati amah berkenaan sedang duduk di luar rumah dalam keadaan ketakutan dan tidak mahu berkomukasi dengannya,” katanya di sini hari ini

Katanya, pembantu peribadi yang dikenali sebagai Por kemudian berjumpa seorang wanita berusia 60-an yang juga pemilik rumah namun diarahkan supaya tidak masuk campur..

“Selepas Poh memaklumkan akan membuat laporan polis, kedua-dua suspek kemudian membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT,” katanya.

Ujarnya, pembantu rumah berusia 21 tahun itu telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut.

Beliau memberitahu, dua beradik itu kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE