Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu oleh penduduk kampung kira-kira pukul 10 malam.


“Mangsa dipercayai mati setelah mengalami kecederaan akibat tetakan di leher dan kepala. Pemeriksaan dijalankan pihak forensik di lokasi kejadian turut menemukan sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu. 


“Siasatan awal mendapati mangsa baru bekerja selama kira-kira tujuh bulan di ladang ayam berhampiran dan tinggal berseorangan di kawasan itu. Mayat mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang secara kebetulan melalui kawasan ladang tersebut untuk mencari lembu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 


Tambahnya, pemeriksaan mendapati tiada barang berharga yang didapati hilang dari mangsa.


“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. -UTUSAN ONLINE