KUALA LUMPUR, 13 Januari 2016 - Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten
Asisten Komisioner R. Munusamy

Mangsa warga Myanmar ditemukan orang ramai berhampiran lombong belakang Pasar Borong Kuala Lumpur pada pukul 9.15 malam sebelum sepasukan polis tiba untuk menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, siasatan awal mendapati, terdapat satu kesan tikaman di bahagian dada disyaki menggunakan senjata tajam.

“Tiada senjata tajam ditemukan ditempat kejadian, namun sebatang kayu penyapu di kawasan kejadian telah diambil untuk tujuan forensik.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya sambil mejelaskan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE