Malah mereka juga pernah beberapa kali menutup operasi kerana kekurangan pelanggan namun kini kembali memproses dvd di rumah mereka di Jalan Permatang Pauh di sini.

Selain dibantu oleh seorang anak lelaki, mereka turut menggaji seorang pekerja unyuk melicinkan proses pembuatan menggunakan dua buah mesin penyalin dengan 10 dek.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, Md. Nasir Mohamad berkata, pihaknya menyerbu rumah didiami keluarga itu pukul 3.45 petang ini dan menahan empat individu terbabit.

Menurutnya, mereka menemukan kira-kira 10,000 keping dvd di dalam rumah itu yang dipercayai untuk pasaran di kedai mereka di sini dan Bukit Mertajam.

“Kita juga menyerbu kedai mereka di Jalan Ciku dekat Bukit Mertajam dan turut merampas kira-kira 10,000 dvd di sana dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM100,000.

“Kita menahan seorang wanita berusia 66 tahun dan suaminya berusia 62 tahun selain anak lelaki berusia 38 tahun dan seorang pekerja berusia 36 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Md. Nasir menambah, kes itu disiasat di bawah Peraturan Label Cakera Optik 2010 dan Peraturan 4(4) (a) Akta Perihal Dagangan 2011. - UTUSAN ONLINE