YAHYA MAT TAHIR
YAHYA MAT TAHIR

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, mayat lelaki itu ditemui oleh seorang kakitangan stesen tersebut.

"Kakitangan stesen kereta api itu melihat warga emas tersebut, Yahya Mat Tahir terbaring di kerusi tempat duduk di stesen berkenaan.

"Dia kemudian menghubungi Klinik Kesihatan Bahau dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut selepas hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian lelaki itu adalah akibat serangan jantung. - UTUSAN ONLINE