Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warga emas maut dikelar anak

Darah mangsa memenuhi ruang dapur
Darah mangsa memenuhi ruang dapur

KULAI 12 Ogos - Seorang wanita warga emas ditemukan mati dengan kesan kelar pada leher selepas dipercayai dibunuh anak lelaki yang menghidap sakit mental di Jalan Cempaka, Taman Air Bemban di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, mayat mangsa berusia 69 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian dapur rumah oleh anak lelaki bongsunya yang baru pulang bekerja dari Singapura.

Mangsa yang mempunyai tiga anak itu dipercayai cedera di bahagian muka serta leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Razak Md. Said yang mengesahkan kejadian memberitahu, suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 petang di sekitar kawasan rumahnya.

"Semakan mendapati suspek pernah menjalani rawatan sakit mental di Hospital Tampoi, Johor Bahru. Motif kejadian sedang disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali berkata, mangsa tinggal di rumah berkenaan dengan suaminya yang sedang sakit bersama-sama dua lagi anak lelakinya.

"Anak bongsunya bekerja di Singapura manakala yang sulung itu tidak bekerja sejak tahun lalu.

"Kami juga memang selalu dengar keluarga ini bergaduh dan jiran-jiran juga tahu anak sulungnya itu selalu mengamuk di rumah," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain