Abdul Wahib Musa - GAMBAR/MEDIA SOSIAL
ABDUL WAHIB MUSA

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 62 tahun telah melakukan beberapa transaksi pembayaran ke beberapa akaun sindiket berkenaan kononnya sebagai bayaran wang jaminan dan yuran guaman.

“Pada 17 Mei lalu, mangsa yang merupakan pesara Penolong Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan negeri ini telah menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa Pegawai Kastam dari Alor Setar, Kedah di mana suspek mengatakan pengadu telah melakukan kesalahan menyeludup iPad dari Thailand di mana pihaknya telah mengeluarkan waran mahkamah kepada mangsa tidak membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas barangan berkenaan.

“Bermula dari situ, mangsa menyatakan dihubungi beberapa individu lelaki dan perempuan mendakwa sebagai anggota polis dan mengarahkan mangsa membuat pembayaran keseluruhannya berjumlah RM54,000 dan mangsa telah memasukkan wang berkenaan dalam beberapa akaun berasingan sejak 23 Mei hingga 2 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata, mangsa yang memeriksa akaun bank hari ini mendapati baki dalam akaunnya hanya tinggal belasan ringgmembuat laporan polis berhubung kejadian pada Sabtu lalu. - UTUSAN ONLINE