Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun yang juga  seorang peniaga di kawasan berkenaan dipercayai terjatuh selepas cuba diragut oleh dua lelaki yang menaiki motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, suspek bagaimanapun gagal mendapatkan beg tangan mangsa dan meninggalkan mangsa yang terjatuh dalam keadaan tertiarap.

"Terdapat dua saksi ketika kejadian yang juga rakan mangsa namun tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

"Menurut saksi, mereka tidak mengecam  model motosikal dan nombor pendaftaran suspek kerana kejadian berlaku dengan pantas serta dalam keadaan cuaca gelap," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Anbalagan berkata, mangsa di bawa ke HPP untuk rawatan lanjut dan sehingga kini masih belum sedarkan diri dan di pantau di Unit ICU.

"Tiada kecederaan luaran dialami mangsa namun menurut doktor, mangsa berkemungkinan mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala," katanya yang turut melawat mangsa di hospital, hari ini. - UTUSAN ONLINE