Dalam operasi yang dijalankan pada pukul 3.30 petang itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit, beberapa helai kertas nombor loteri haram dan wang tunai RM34 daripada suspek berusia 65 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, suspek kini telah reman bagi membantu siasatan

di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE