Mangsa, Ang Tiah Cheen, 66, dari Kampung Simee mendakwa, pada Rabu lalu, dia menerima panggilan telefon dari sebuah bank yang menuntut bayaran pinjaman RM50,000 yang didakwa pernah dilakukannya sebelum ini di Pulau Pinang.

Menurut Tiah Cheen, panggilan itu kemudiannya disambung kepada seorang anggota polis bernama Sarjan Arif yang mendakwa duit berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan dadah.

“Disebabkan rasa takut, saya memindahkan wang kepada tiga akaun nama berbeza seperti diarahkan oleh ‘anggota polis’ dalam masa dua hari.

“Selepas memindahkan wang tersebut, saya tidak lagi dihubungi. Saya rasa tertipu dan menghubungi Balai Polis Jelutong tetapi dimaklumkan tiada individu bernama Sarjan Arif,” katanya.

Tiah Cheen berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak yang turut dihadiri oleh Ketua Urusetianya, Mohd Rawi Abdullah. - UTUSAN ONLINE