Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Ramlah Mehad, 79, difahamkan tinggal bersendirian ketika rumahnya dimasuki penyamun tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shariffudin Mohd. Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa baru selesai solat telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali sebelum rantai lehernya diragut.

“Mangsa yang cuba melawan telah ditumbuk suspek yang memakai topeng berwarna gelap dan hanya menampakkan bahagian mata sahaja. Suspek kemudian melarikan diri melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.

“Hasil siasatan juga mendapati mangsa tidak mengecam suspek kerana topeng yang dipakai, selain lelaki itu tidak bercakap ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya percaya suspek merupakan seorang penagih yang bertindak bersendirian berikutan rumah mangsa dikelilingi kebun getah dan rumahnya terletak kira-kira 50 meter dengan jiran terdekat.

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Malau sebelum dirujuk ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian samun ini boleh melaporkannya ke balai polis terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 kanun Ke­seksaan,” katanya.